Seiring dengan pertumbuhan 5.4% ekonomi Malaysia bagi suku pertama 2026, tahap produktiviti buruh Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan positif biarpun lebih perlahan berbanding rekod sebelum ini. Pertumbuhan ini dipaparkan menerusi peningkatan 4.8% dalam kecekapan per jam bekerja, serta kenaikan 4.3% bagi sumbangan ekonomi purata bagi setiap pekerja.
Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini menjelaskan bagi pengukuran tahap produktiviti mengikut jam bekerja – pekerja Malaysia telah memaparkan kenaikan 4.8% kepada sumbangan RM45.5 setiap jam. Sementara pengukuran sumbangan ekonomi mengikut setiap pekerja pula dilihat meningkat 4.3% kepada RM26,171 seorang.
Prestasi ini jelas DOSM dipengaruhi akan perkembangan ekonomi Malaysia serta perubahan jumlah pekerja yang meningkat 1.0% kepada 16.7 juta orang. Berdasarkan taburan produktiviti per pekerja mengikut sektor, Pembinaan (7%) menjadi pemacu utama pada sumbangan ekonomi negara diikuti Pembuatan (5.8%), Perkhidmatan (4.1%), Pertanian (2.5%) dan Perlombangan serta Pengkuarian (-2.5%).
