Artikel

Ekuinas Suntik Pelaburan Strategik Pada XES Shoes – Perluas Jenama Kasut Tempatan

Hasil perolehan pegangan kawalan menerusi pelaburan strategik Ekuinas dalam Shellys Marketing, iaitu syarikat induk di sebalik jenama kasut tempatan XES Shoes. Tindakan ini dijangka akan mengukuhkan perkembangan operasi XES Shoes di pasaran hadapan.

Selaku syarikat pengurusan dana ekuiti persendirian negara, Ekuinas pada laporan melihat langkah pelaburan ini adalah wajar selari dengan nilai industri runcit negara berdasarkan segmen gedung berpotensi capai rekod RM365.9 bilion menjelang 2029.

Maka keperluan memanfaatkan peluang ini harus dilaksanakan susulan XES Shoes memiliki platform yang kukuh pada skala sektor runcit domestik, dengan keupayaan itu peluang meneroka pasaran baharu berpotensi dilaksanakan. Setakat ini, XES Shoes telah memiliki 156 cawangan di pasaran Malaysia bersama dengan penawaran harga mampu milik bersama rakyat negara.