Aplikasi Setel kini tampil dengan kemudahan baharu iaitu membolehkan para pengguna petrol raih akses membayar utliti bil secara terus pada aplikasi mereka. Dengan menghimpunkan pelbagai keperluan penting dalam satu platform, Setel menjadikan pengurusan urusan harian lebih efisien dan bersepadu.

Ciri ini membolehkan pengguna membuat pelbagai bayaran bil penting termasuk bil termasuk utiliti, air, telekomunikasi dan perkhidmatan jalur lebar dalam satu platform yang mudah dan lancar. Dengan integrasi bersama 25 penyedia bil seperti Astro, CelcomDigi, TM, Air Selangor dan Indah Water, pengguna kini boleh mengurus komitmen bulanan dengan lebih pantas dan teratur, dengan lebih banyak penyedia bil akan ditambah tidak lama lagi.
Selari dengan pelancaran itu, Setel memaklumkan pihaknya menawarkan pulangan tunai 10% kepada pengguna bagi transaksi pembayaran bil, tertakluk kepada maksimum RM10 sebulan. Promosi ini berlangsung dari 18 Mei hingga 18 Julai 2026, memberikan penjimatan tambahan serta menggalakkan pengguna menikmati kemudahan ciri tersebut. Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh log masuk ke aplikasi Setel, atau melayari saluran media sosial rasmi Setel, serta laman webnya di www.setel.com.