Untuk memastikan tiada pihak memanipulasi kemasukan warga asing di Maldives, pihaknya kini mengumumkan bakal menjejaki pelancong asing di bawah pengenalan sistem digital baharu.
Sistem pengesanan ini untuk makluman akan membolehkan pihak berkuasa Maldives mengenalpasti dan mendaftar warga asing yang menaiki dan meninggalkan kapal di setiap lokasi pada rangkaian pengangkutan.
Dengan akses tersebut, sistem ini akan membantu pihak berkuasa memberi maklum balas dengan lebih pantas sekiranya berlaku kecemasan maritim termasuklah melibatkan kes kehilangan penumpang ketika perjalanan bot. Penambahbaikan sistem digital juga antara langkah mereka menangani isu pendatang asing tanpa izin (PATI). Tidak hanya itu, Maldives turut membangunkan sistem digital senarai majikan asing – bagi mengawalselia rekod operasi mereka bersama tanggungjawab melunaskan caj perniagaan di pasaran semasa.