Kadar inflasi di Malaysia ketika ini menunjukkan trend peningkatan yang didorong terutamanya oleh faktor luar. Konflik global telah menyebabkan harga komoditi dunia, seperti tenaga dan makanan, melonjak naik. Walaupun inflasi teras iaitu kadar inflasi yang tidak mengambil kira barangan harga tidak menentu masih terkawal, tekanan daripada kos import dilihat tetap memberi kesan kepada harga barangan di pasaran tempatan.
Berlandaskan kedudukan ini Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perangkaan (DOSM) pada sidang KDNK Suku Pertama 2026 hari ini – meramalkan paras inflasi negara berupaya meningkat sehingga 2.5% pada tahun 2026.
Biarpun jangkaan ini memperlihatkan kenaikan, BNM dan DOSM optimis unjuran ini mampu diatasi dengan baik sekiranya pasaran ekonomi terus meraih permintaan yang sekali gus merancakkan aktiviti ekonomi negara. Persekitaran itu secara langsung mengenepikan kenaikan harga barangan mendadak. Dan dapat menyeimbangkan semula kos sara hidup agar kekal pada tahap yang mampu ditanggung oleh pengguna di Malaysia.