Artikel

Penjaja, Peniaga Pasar Awam Dikecualikan Larangan Guna Beg Plastik – Di Pulau Pinang

Bermula 1 September kelak, Pulau Pinang akan menguatkuasakan larangan beg plastik sekali guna pada pasaran negeri. Pelaksanaan ini bagaimanapun akan dilakukan secara berperingkat dengan kumpulan premis terpilih.

Jelas Exco Perumahan dan Alam Sekitar Negeri, terdapat 8 kategori premis yang terlibat adalah seperti pasaraya besar, gedung serbaneka, kedai serbaneka, restoran makanan segera dan kedai serbaneka di stesen minyak. Diikuti kedai rangkaian, farmasi dan klinik.

Sementara premis peniaga seperti penjaja dan pasar awam dijelaskan adalah dikecualikan daripada larangan tersebut buat masa ini. Pengecualian ini mengambilkira kos operasi yang dikendalikan penjaja dan peniaga pasar basah susulan pengendalian jualan bahan basah dan barangan segar. Maka penggunaan beg plastik dilihat kekal praktikal untuk kumpulan ini.

Dengan pelarasan itu, Pulau Pinang turut mengalakkan orang ramai untuk membudayakan amalan membawa beg guna semula ketika membeli-belah. Perihal ini tidak sekadar mengatasi isu penggunaan beg plastik tetapi turut membantu persekitaran semasa dan meningkatkan budaya yang lebih lestari kalangan awam.