Penduduk Malaysia kini dianggarkan mencapai jumlah 34.4 juta orang pada suku tahun pertama 2026 berbanding 34.2 juta pada suku tahun pertama 2025. Biarpun jumlah ini meningkat namun didapati pertumbuhan penduduk negara telah merosot pada kadar 0.5% dengan kelahiran hidup menurun sebanyak 3.1%.
Data ini jelas Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kelahiran hidup di Malaysia telah menurun kepada 94,807 kelahiran berbanding 97,843 kelahiran – yang mana kelahiran bayi lelaki melebihi perempuan dengan 49,137 berbanding 45,670 kelahiran. Selangor dilihat terus menjadi negeri yang merekodkan bilangan kelahiran hidup tertinggi bersama rekod 17,990 (19%) tatkala Labuan menjadi rekod terendah dengan 294 kelahiran (0.3%). Namun Selangor juga menjadi negeri tertinggi merekodkan kematian dengan 8,042 (16%) dan Putrajaya menjadi rekod terendah dengan 81 kematian (0.2%).
Sementara taburan mengikut usia, penduduk umur muda (0-14 tahun) telah memaparkan penurunan kepada 21.6%, diikuti penduduk bekerja (15-64 tahun) meningkat kepada 70.4% dan penduduk tua meningkat kepada 8% pada komposisi populasi semasa.
