Artikel

Dashboard Pantau Krisis Bekalan Global Boleh Diakses Orang Awam – Bermula 15 Mei Ini

Hasil kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) – Kementerian Ekonomi memaklumkan, bermula 15 Mei ini semua orang awam boleh mengakses Papan Pemuka Pemantauan Krisis Bekalan Global. Untuk mendapatkan perkembangan bekalan semasa berhubung krisis semasa.

Adanya pangkalan data ini, ia sekali gus menjadi hab rujukan berpusat buat semua penduduk Malaysia dan membantu memberi gambaran sebenar akan keperluan persediaan di pasaran hadapan.

Dashboard ini dijelaskan akan melampirkan 10 submenu utama melibatkan penjelasan data tenaga, komoditi, kos sara hidup, prestasi ekonomi, kadar pertukaran wang asing dan aliran perdagangan. Tidak hanya itu, pangkalan data ini turut menjadi platform pengesanan akan sebarang risiko awal buat persediaan negara.