Artikel

Elon Musk, Tim Cook Antara 17 Pemimpin Industri Sertai Lawatan Trump Ke China

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, dijadualkan memulakan lawatan rasmi ke China minggu ini bagi meneroka rangka kerja baharu dalam hubungan ekonomi antara dua kuasa besar dunia. Lawatan berprofil tinggi ini turut diperkukuh dengan penyertaan delegasi 17 pemimpin industri global. 

Antara nama besar yang disahkan terlibat mengikut laporan Anadolu termasuklah Tim Cook (Apple), Elon Musk (Tesla & SpaceX), serta eksekutif kanan daripada BlackRock, Blackstone, Boeing, Cargill, Citi, Cisco, Coherent, GE Aerospace, Goldman Sachs, Illumina, Mastercard, Meta, Micron, Qualcomm, dan Visa.

Melalui penglibatan ini, AS dijangka mencadangkan penubuhan lembaga pelaburan dan perdagangan baharu bagi memperkukuh kerjasama ekonomi yang lebih berstruktur. Langkah ini merupakan usaha strategik Washington untuk meredakan ketegangan ekonomi dengan China, sekali gus memastikan syarikat-syarikat AS kekal berdaya saing dalam pasaran global. Kehadiran barisan elit perniagaan ini menandakan kesungguhan kedua-dua negara dalam menstabilkan semula rantai bekalan dan pelaburan di peringkat antarabangsa.