Setelah lebih 2 tahun beroperasi, GXBank dilihat terus mengukuhkan perkhidmatan bank digital bersama lebih 1.4 juta pengguna di pasaran Malaysia ketika ini.
Di bawah pelesenan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK) Bank Negara Malaysia, yang bertindak selaku bank konvensional dan tidak patuh-syariah – GXBank terus mempelbagaikan akses kewangan kumpulan bagi memastikan semua pihak meraih manfaat tanpa dikecualikan. Setakat ini selain kemudahan akaun simpanan, kad debit – platform juga turut tampil dengan akses FlexiCredit dan pembiayaan buat PMKS.
Berdasarkan khidmat tersebut didapati pengguna GXBank secara kolektif telah meraih faedah melebihi RM24 juta melalui Savings dan Bonus Pockets bagi tahun 2025. Diikuti kadar penerimaan permohonan pinjaman melonjak bagi GX Biz FlexiLoan mencatatkan lebih 70%.
Tidak hanya tertumpu kepada khidmat kewangan semata, akses dana pendidikan turut diperluaskan menerusi Impian Gigih Biasiswa yang mana mengutamakan kebajikan pelajar B40 dalam meringankan bebanan kos pengajian mereka. Pencapaian ini secara menyeluruh tidak sekadar menggalakkan rakyat Malaysia untuk menguruskan perbelanjaan mereka dengan lebih baik tetapi turut menyediakan inisiatif tambahan buat perancangan masa hadapan.