Artikel

Prestasi E-Dagang Malaysia Naik 2.8% – Dengan Nilai Pendapatan RM319.7 Bilion

Sepanjang tiga bulan pertama tahun 2026 memperlihatkan prestasi e-dagang di Malaysia terus positif dengan rekod pendapatan meningkat kepada RM319.7 bilion iaitu melonjak 2.8% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2025 dengan perolehan RM316.2 bilion.

Perkembangan ini jelas Jabatan Perangkaan (DOSM) didorong akan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan penghantaran ekpress, khususnya semasa musim perayaan dan cuti persekolahan. Dinamik ini mencerminkan peranan penting subsektor tersebut dalam memperkukuh kecekapan rantaian bekalan serta menyokong keperluan ekonomi digital yang semakin berorientasikan pengguna.

Lonjakan ini telah menyokong sektor perkhidmatan Malaysia secara menyeluruh susulan pertumbuhan semasa telah meningkat sebanyak 8.1% bersama pencapaian hasil sekitar RM682 bilion.