AirAsia MOVE, aplikasi penerbangan AirAsia hari ini melancarkan ciri baharu 1x Fi Pertukaran Percuma bagi memberikan fleksibiliti yang lebih baik kepada para pengguna dalam menguruskan tempahan penerbangan mereka.

Fi Pertukaran percuma ini untuk makluman menawarkan satu kali pengecualian yuran penukaran penerbangan jika pengguna mahu menukar tarikh atau masa bagi penerbangan AirAsia yang ditempah melalui aplikasi MOVE atau airasia.com sahaja. Namun sekiranya berlaku perbezaan tambang, cukai mahupun caj lain yang berkaitan dengan polisi pertukaran penerbangan itu maka pengguna terlibat masih perlu bersedia akan sebarang penambahan kos.
Adanya ciri ini, ia bertujuan mengurangkan kos keseluruhan penukaran penerbangan, sekali gus memberikan ketenangan minda kepada para pelancong.
Selain ciri tersebut, terdapat beberapa akses memudahkan pengguna turut tersedia antaranya ciri ‘Easy Cancel’ membolehkan pengguna membatalkan penerbangan sehingga 48 jam sebelum berlepas untuk mendapatkan bayaran balik sehingga 80%, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Manakala, pelan ansuran 0% membolehkan pengguna membahagikan kos kombo penerbangan-dan-hotel bagi tempoh tiga hingga enam bulan.
Selain itu kemudahan melalui Daftar Masuk Dalam Talian dan Semakan Visa Automatik (AVC) juga disediakan, untuk membantu pengguna mengesahkan dokumen perjalanan secara masa nyata serta menyokong proses daftar masuk yang lebih lancar.