Bulan hadapan, pengenalan MyKad versi baharu akan direalisasikan Malaysia bersama penampilan 53 ciri keselamatan berbanding 23 ciri keselamatan yang tersedia pada MyKad semasa. Menariknya MyKad versi baharu dijelaskan tidak akan dilengkapi dengan elemen Touch ‘n Go (TNG).
Mengikut laporan Bernama bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) antara ciri keselamatan baharu yang akan ditampilkan selair kod QR, ciri seperti turihan laser, ultraungu, hologram, guilloche, dan teks mikro turut akan sediakan.
Dengan penambahbaikan itu ia sekali gus memperkasakan komitmen negara dalam memacu keselamatan identiti rakyat selaras dengan perkembangan teknologi dan risiko semasa. Langkah ini bagaimanapun tidak akan melibatkan perubahan pada penggunaan MyKid. Tetapi turut melibatkan dua lagi kad pengenalan negara selain MyKad iaitu MyTentera dan MyPoca.