Artikel

AirAsia Tempah 150 Pesawat Airbus A220 – Bernilai $19 Bilion

Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia mengukuhkan lagi portfolio operasinya dengan memeterai tempahan mega sebanyak 150 buah pesawat jenis Airbus A220-300.

Langkah strategik ini bukan sahaja menandakan tempahan tunggal terbesar yang pernah diterima oleh pihak Airbus bagi koridor pesawat tersebut, malah meletakkan AirAsia sebagai syarikat penerbangan terawal global yang bakal menggunakan konfigurasi baharu dengan kapasiti 160 tempat duduk.

Perolehan bernilai sekitar AS$19 bilion dijangka dapat menambahbaik kecekapan operasi menerusi pengurangan penggunaan bahan api dan kos penyelenggaraan yang lebih rendah. Pelaburan berskala besar ini dilihat berupaya mengukuhkan kedudukan AirAsia dalam pasaran antarabangsa, sekali gus memastikan syarikat terus kompetitif dalam mendepani cabaran industri penerbangan global yang semakin mencabar.