Bertepatan dengan amalan penyelenggaraan sistem perbankan secara berkala, CIMB Bank memaklumkan bahawa sebilangan perkhidmatannya bakal berdepan gangguan sementara pada 9 Mei ini, bermula jam 12:00 tengah malam sehingga 5:00 pagi.
Antara perkhidmatan utama yang akan terjejas sepanjang tempoh lima jam tersebut termasuklah penggunaan mesin ATM, MEPS, dan CDM (Mesin Deposit Tunai). Selain itu, semua transaksi pembelian menggunakan kad debit CIMB sama ada bagi pembayaran di premis fizikal mahupun pembelian secara atas talian turut dimaklumkan akan tergendala.
Maka bagi mengelakkan sebarang kesulitan, CIMB Bank menyarankan semua pengguna untuk merancang transaksi kewangan mereka lebih awal demi memastikan pengalaman perbankan peribadi kekal lancar dan tidak terganggu.