Proton, jenama kenderaan nasional dilihat memulakan suku kedua tahun 2026 dengan prestasi yang positif setelah mencatatkan jualan sebanyak 18,156 unit kenderaan domestik dan eksport pada bulan April sahaja.
Pencapaian ini sekali gus melonjakkan jualan kepada 67,298 unit iaitu peningkatan mendadak sebanyak 40.9% berbanding tempoh yang sama tahun 2025. Pertumbuhan ini juga mengatasi aliran pasaran Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) Malaysia yang berkembang sekitar 1.8%, membolehkan Proton kini menguasai anggaran 26.4% daripada keseluruhan pegangan pasaran automotif negara.
Sumbangan ini antaranya diterajui oleh Proton Saga yang merekodkan jualan sebanyak 8,207 unit pada bulan April, sementara segmen kenderaan utiliti sukan (SUV), Proton X50pula terus mengekalkan takhtanya sebagai SUV paling laris di Malaysia dengan 2,603 unit terjual, manakala model utama Proton X90 turut memamerkan kebangkitan kukuh dengan peningkatan jualan sebanyak 43%.
Proton juga dilihat turut mengukuhkan segmen kenderaan elektrik (EV) menerusi Proton e.MAS, yang mencatatkan rekod sejarah dengan jualan sebanyak 3,420 unit pada April. Prestasi ini disumbangkan kesan permintaan yang baik pada e.MAS 5 dan e.MAS 7 PHEV.