Artikel

OPR Mungkin Naik – Pada Akhir Tahun Ini

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75% dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Khamis ini. Namun, terdapat kemungkinan kadar faedah berkenaan akan dilaras naik pada akhir tahun ini memandangkan bank pusat tidak melakukan sebarang kenaikan kadar sejak Julai 2025.

Jangkaan Juwai IQI ini bersandarkan kepada unjuran awal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama Malaysia yang kekal berdaya tahan pada kadar 5.3%. Selain itu, trend inflasi yang meningkat seiring dengan pertumbuhan ekonomi domestik turut dianggarkan boleh mencecah paras 2.5% menjelang tahun 2026.

Tetapi, sebarang keputusan atau hala tuju pelarasan kadar OPR pada masa hadapan kekal dipacu oleh penilaian yang ketat, di mana ia tertumpu sepenuhnya kepada prestasi semasa ekonomi negara serta impak daripada faktor luaran global.