Meneladani tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah melaraskan kadar sewa premis seliaannya, kerajaan kini mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi untuk laksana tindakan yang sama iaitu mengurangkan kadar sewa permis perniagaan bagi membantu peniaga kecil mendepani isu tekanan kos.
Arahan itu dikongsikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang taklimat khas berhubung krisis global petang ini. Komitmen itu dijelaskan akan segera dilaksanakan dan dimulakan pada bulan ini. Antara syarikat milik kerajaan yang telah menyatakan komitmen tersebut adalah Majlis amanah Rakyat (MARA) dan UDA Holdings (UDA).
Jelas PM Anwar kedua pihak akan mengumumkan penurunan kadar sewa tersebut dalam masa terdekat. Secara menyeluruh keputusan ini dijelaskan telah mencapai persetujuan di bawah sidang Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).