Artikel

Hata Diiktiraf Selaku Platform Aset Digital Patuh Syariah Sepenuhnya – Pertama Di Malaysia

Hata Digital, bursa aset digital (DAX) yang berlesen dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), hari ini mengumumkan platformnya telah menerima pensijilan Syariah, sekali gus menjadi bursa aset digital pertama di Malaysia yang meraih pengiktirafan tersebut di pasaran negara.

Perolehan status ini untuk makluman didasari hasil penilaian selama setahun bersama Amanie Advisors. Buat pengetahuan umum, penilaian ini merangkumi rangka kerja perniagaan teras serta tadbir urus kumpulsn, seperti khidmat Broker dan Bursa Digital, sifat serta penyaringan aset digital yang ditawarkan, perkhidmatan dompet, pengaturan akaun pemegang amanah, pengendalian deposit yang tidak diperuntukkan, perkhidmatan ‘staking’, struktur yuran dan caj, program afiliasi, serta langkah perlindungan terhadap aktiviti yang tidak mematuhi Syariah.

Bersama status tersebut, kedudukan ini mengukuhkan lagi matlamat Hata dalam menyaingi jangkaan pasaran dengan pasaran teknologi kewangan Islam global berpotensi melonjak kepada $341 bilion menjelang 2029. Secara menyeluruh, Hata telah merekodkan transaksi melebihi RM1.04 bilion pada 2025 serta deposit fiat bulanan tertinggi sebanyak RM28.7 juta.