Artikel

Elaun Pasca Cuti Bersalin Setuju Diperkenalkan – Manfaat Lebih 132,000 Pekerja Wanita

Pihak kerajaan telah mencapai persetujuan secara dasar untuk memperkenalkan Elaun Pasca Cuti Bersalin (EPCB) pada kadar 80% daripada gaji anggapan bulanan Orang Berinsurans (OB) wanita, yang akan dibayar secara one-off.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim, memaklumkan inisiatif itu akan membabitkan pindaan kepada Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 yang dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 132,000 pekerja wanita di pasaran semasa.

Pelaksanaan EPCB adalah susulan hasil kajian Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB) yang menunjukkan kemerosotan pengunduran kerjaya oleh golongan wanita, iaitu daripada tahap optimum 78.9% bagi kategori berusia 25 hingga 29 tahun kepada 68.6% bagi usia 35 hingga 39 tahun.