Manulife Malaysia kini melancarkan Manulife MultiCI Enrich (MME), sebuah pelan perlindungan penyakit kritikal yang direka khas untuk menyokong rakyat Malaysia dari tahap awal pengesanan penyakit sehingga proses pemulihan. Pelan perlindungan ini tersedia sehingga usia 99 tahun.
Seperti yang umum sedari, menjelang 2048 Malaysia akan berstatus negara tua dengan anggaran 14% penduduk berusia 65 tahun ke atas pada tempoh tersebut.
Dengan data tersebut, persediaan ini berupaya meredakan tekanan kos rawatan dan membantu penduduk negara mengimbangi kewangan mereka sekiranya menghidapi penyakit kronik dalam tempoh yang lama. Selain pampasan, MME juga unik kerana menawarkan ujian farmakogenomik – iaitu ujian untuk melihat bagaimana badan pengguna bertindak balas terhadap ubat-ubatan tertentu supaya rawatan lebih berkesan dan kurang kesan sampingan
Pelan perlindungan ini juga menyediakan akses tuntutan berulang. Ini bermakna, jika penyakit tersebut datang semula atau menjadi lebih teruk, pesakit masih boleh membuat tuntutan. Selain bantuan kewangan, pelan ini turut menyediakan alat pencegahan kesihatan dan sokongan seperti pengesanan awal kanser serta bantuan untuk penjaga pesakit.
Langkah ini diambil berdasarkan tinjauan Manulife Asia Care Survey (ACS) 2025 yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kini lebih mengutamakan kualiti hidup dan kesejahteraan kewangan semasa hari tua. Dengan adanya MME, Manulife berharap dapat membantu mengurangkan beban rakyat Malaysia dalam menghadapi kos rawatan yang semakin meningkat, sekali gus memastikan mereka mendapat perlindungan yang stabil sepanjang perjalanan hidup mereka.