Prasarana Malaysia Berhad hari ini mengesahkan bahawa Amir Hamdan akan menamatkan perkhidmatannya selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (PGCEO) setelah hampir 8 tahun berkhidmat bersama operasi.
Berdasarkan perkongsian notis media pagi ini, peletakan jawatan tersebut didasari akan sebab peribadi dan selaras dengan perancangan beliau untuk langkah seterusnya.
Dengan keputusan itu, Prasarana merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan dan kepimpinan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan, dan mendoakan yang terbaik dalam perancangan masa hadapan beliau. Buat pengetahuan umum, sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah memainkan peranan penting dalam memacu pelbagai inisiatif transformasi dan memperkukuh operasi syarikat dalam memastikan operasi perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih baik kepada rakyat.