Artikel

Tawaran Pekerjaan Di Malaysia Melonjak, Sekitar 45.6% Tertumpu Pada Kategori Profesional – DOSM

Penawaran pekerjaan di pasaran Malaysia kini menunjukkan peningkatan dengan lonjakan 108.8%  pada suku ketiga 2025 – ini melibatkan jumlah 588,148 jawatan kosong diiklankan secara atas talian. 

Perkembangan ini menurut dapatan Jabatan Perangkaan (DOSM) didorong berikutan lebih ramai majikan mula meluaskan kapasiti jumlah tenaga kerja mereka. Dengan penyertaan sekitar 77,615 syarikat berbanding 57,666 syarikat sebelum ini. Lebih menarik sekitar 45.6% atau 268,178 penawaran pekerjaan tertumpu pada kategori profesional. 

Berlandaskan taburan sektor pula, Perkhidmatan terus mendominasi penawaran pekerjaan dengan mendominasi 77.2% iaitu 454,225 penawaran pekerjaan diikuti Aktiviti Profesional, Saintifik dan Teknikal dengan 61,367 penawaran pekerjaan, Aktiviti Pentadbiran dan Perkhidmatan Sokongan dengan 44,928 penawaran pekerjaan, Aktiviti Pembuatan dengan 41,303 penawaran pekerjaan serta sektor Pembinaan dengan 39,039 penawaran pekerjaan.