Artikel

Syarikat Teknologi Asing Wajib Sedia Latihan Kemahiran Buat Bakat Tempatan – PM Anwar

Sekiranya ingin melabur di Malaysia, syarikat teknologi asing kini diberi isyarat untuk menyediakan akses latihan kemahiran tinggi kepada bakat tempatan negara.

Keperluan ini jelas Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada laporan ketika sesi Temu Anwar hari ini tidak sekadar berpaksi kepada industri minyak dan gas mahupun teknologi maklumat tetapi turut merentasi pelbagai industri ekonomi yang lain. Perihal ini antaranya dizahirkan bersama Huawei dengan menetapkan syarat pelaburan didatangi bersama penyediaan peluang latihan dan kemahiran tinggi bersama bakat tempatan.

Dan peluang ini tidak hanya sekadar memenuhi syarat Malaysia sahaja tetapi akan dinilai sama ada ia memberi nilai tambah kepada bakat tempatan serta memberi kelebihan kepada pasaran negara di masa hadapan. Bersama pendekatan itu, usaha ini tidak sekadar menggunakan Malaysia selaku pengguna teknologi tetapi turut muncul sebagai peneraju dalam pelbagai bidang ekonomi lain.