Artikel

RM3.5 Bilion Pendapatan Tidak Dilaporkan Kini Dikesan – Hasil Semakan e-Invois

Penerapan sistem e-Invois terus memperkasakan ketelusan sistem percukaian negara apabila Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) berjaya mengesan pendapatan tidak dilapor berjumlah RM3.5 bilion. Melalui semakan silang data digital ini, seramai 38,906 pembayar cukai dikesan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi melaporkan perolehan sebenar mereka dalam pasaran semasa.

Susulan penemuan tersebut, LHDN telah bertindak proaktif dengan mengeluarkan notis peringatan kepada kumpulan terlibat bagi menuntut pelunasan cukai berjumlah RM760.7 juta. Amaun tersebut merupakan nilai cukai bersih yang wajib dibayar kepada kerajaan hasil daripada jurang pendapatan yang tidak diisytiharkan sebelum ini.

Pihak berkuasa menyeru semua pembayar cukai yang masih mempunyai kegagalan mengemukakan BNCP ini untuk segera melunaskan tanggungjawab mereka bagi mengelakkan komplikasi undang-undang. Langkah pematuhan segera ini amat penting bagi mengelakkan tindakan penalti yang lebih berat atau pendakwaan pada masa hadapan.