Artikel

Inisiatif Sokongan Pekerja Akan Diperkenalkan Pada 1 Mei Ini

Sepertimana yang dimaklumkan pada minggu lalu, kelak pada 1 Mei 2026 ini suatu siri inisiatif sokongan akan dilancarkan bagi menangani impak krisis bekalan global terhadap pasaran buruh di Malaysia. 

Pelancaran itu menurut Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) adalah selaras dengan sambutan Hari Pekerja yang akan diraikan pada minggu ini. Di mana kesan krisis tenaga ketika ini dilihat telah meningkatkan tekanan kos ke atas operasi yang sekali gus memberi kesan kepada tenaga kerja. Berdasarkan jumlah pemberhentian bulan lalu, pekerja di Selangor dan Kuala Lumpur merekodkan jumlah yang paling tinggi.

Mengikut perkongsian awal, inisiatif ini akan meningkatkan kebolehpasaran pencari kerja menerusi langkah sokongan tambahan. Ia termasuklah penambahbaikan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) bagi menangani impak ketidaktentuan ekonomi global bersama kumpulan pekerja terjejas. Selain perlindungan sosial, sokongan latihan semula dan peningkatan kemahiran turut antara inisiatif yang digarapkan.