Artikel

Mesir Tamatkan Dasar Penutupan Awal Premis – Kedai, Pusat Komersial Kembali Beroperasi Seperti Biasa

Menyedari permintaan sektor swasta khususnya kalangan industri pelancongan terus tinggi – Mesir kini memaklumkan menamatkan dasar penutupan awal kedai, restoran dan pusat komersial yang dilaksanakan pada akhir Mac lalu. 

Tindakan itu sebelum ini bertujuan menangani krisis tenaga akibat konflik di Asia Barat, yang mana semua premis diarahkan menutup operasi mereka pada jam 9 malam waktu tempatan dan ditutup jam 11 malam pada hari Khamis dan Jumaat. Namun kini mengikut laporan semua premis perniagaan dijelaskan akan kembali beroperasi mengikut waktu biasa bagi mengimbangi semula permintaan sektor ekonomi.

Biarpun dasar itu telah dimansuhkan, tetap beberapa langkah penjimatan tenaga kekal diteruskan antaranya membolehkan pekerja bekerja dari rumah (BDR) pada hari Ahad. Dengan pelarasan semula waktu operasi premis perniagaan ini, Mesir menjangkakan langkah penjimatan yang lebih efektif dapat dicapai tanpa menjejas tempoh operasi perniagaan.