Artikel

Abdul Halim Dilantik Selaku Ketua SPRM Baharu – Mulai 13 Mei

Selaras dengan subseksyen 5(1) Akta 694, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan YBhg. Dato’ Sri Abdul Halim bin Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu.

Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 13 Mei 2026.

Kerajaan optimis bahawa dengan pengalaman luas dalam perundangan serta integriti yang tinggi, beliau akan mampu memperkukuh usaha pemerkasaan tadbir urus, meningkatkan keyakinan rakyat serta memperhebat agenda pembanterasan rasuah demi kepentingan negara.

Buat pengetahuan umum pelantikan baharu ini bagi menggantikan Datuk Seri Haji Azam bin Baki atas perkhidmatan beliau kepada negara selama memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sejak Mac 2020.