Artikel

Khazanah Nasional Beri Amaran – Waspada Dengan Penipuan Skim Pelaburan Palsu

Ternyata terdapat pihak telah menyamar mewakili Khazanah Nasional untuk penawaran skim pelaburan kepada orang awam. Rentetan isu ini, Khazanah Nasional memberi peringatan kepada orang ramai untuk lebih berwaspada akan penipuan pelaburan yang tidak wujud.

Setakat ini kegiatan tersebut dikesan berlaku terutamanya melalui platform media sosial dan aplikasi pesanan segera seperti Telegram.

Khazanah menjelaskan pihaknya tidak pernah melaksanakan sebarang pelaburan buat orang awam mahupun menyediakan platform pelaburan kepada pelabur individu. Sebagai pelabur institusi, peranan Khazanah adalah melakukan pelaburan jangka panjang untuk negara.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan supaya tidak membalas sebarang mesej yang mencurigakan, tidak berkongsi maklumat peribadi, dan tidak melakukan sebarang aktiviti pembayaran kepada mana-mana individu atau entiti yang mendakwa mewakili Khazanah. Dan untuk tindakan lanjut jika menerima sebarang kandungan yang mencurigakan dan bukan melalui saluran-saluran rasmi Khazanah, oran awam digalakkan untuk menghubungi Khazanah di [email protected] bagi tujuan pengesahan.