Bertepatan dengan agenda untuk perkasakan amalan pembacaan kalangan rakyat Malaysia, kini semua pihak boleh laksana tempahan buku secara atas talian bersama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
Inisiatif bersama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) ini untuk makluman boleh diraih menerusi dua khidmat digital baharu yang diperkenalkan minggu ini iaitu sistem Quickbook2U@PNM dan Sistem Tempahan Ruang Sewaan (QuickKarel).
Dengan khidmat Quickbook2U@PNM, pengguna kini diberikan fleksibiliti untuk menempah sehingga 6 buah buku dalam tempoh pinjaman selama 60 hari tanpa perlu hadir secara fizikal ke perpustakaan. Transformasi digital ini bukan sahaja membolehkan masyarakat mengakses koleksi bahan bacaan pada bila-bila masa, malah turut menyediakan kemudahan penghantaran terus ke lokasi pengguna. Inisiatif ini dijangka dapat merapatkan jurang literasi dengan membawakan akses perpustakaan bersama rakyat.
Bagi mereka yang memerlukan ruang pembelajaran yang kondusif, sistem QuickKarel pula diperkenalkan bagi memudahkan urusan tempahan ruang sewaan secara atas talian. Pengguna boleh menyemak kekosongan slot secara masa nyata melalui aplikasi dan memilih tempoh sewaan mengikut keperluan mereka. Kadar bayaran yang dikenakan juga sangat berpatutan, iaitu RM2 untuk tempoh empat jam dan RM4 bagi sewaan sehari