Ryt Bank hari ini mengumumkan peluasan baharu dalam ekosistem pembayarannya – yang mana pengguna kini boleh menggunakan Ryt PayLater secara terus melalui Kad Ryt.
Perluasan fleksibiliti ini bermakna membolehkan pengguna manfaatkan akses Ryt PayLater merentasi rangkaian pembayaran QR dan Visa, iaitu bolehkan pengguna membayar sekarang atau kemudian dengan mengimbas kod QR di kedai, membeli-belah dalam talian, atau membuat pembayaran kad di terminal fizikal.
Menariknya akses ini tidak sekadar memudahkan pengalaman berbelanja pengguna tetapi turut menyokong penyertaan lebih 150 juta peniaga di pasaran menerusi rangkaian Visa. Secara menyeluruh penambahbaikan Kad Ryt menjadikan Ryt Bank antara yang terawal di Malaysia menawarkan pengalaman PayLater yang lebih menyeluruh, yang digabungkan terus dengan kad debit.
Di samping penambahan itu, semua pihak juga perlu sedari Ryt Bank adalah antara 3 bank digital di Malaysia tertakluk di bawah lesen Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK). IniĀ bermakna segala penawaran khidmat yang disertakan adalah tidak mematuhi piawaian syariah.