Artikel

Harga Mi Dijangka Naik – Kesan Lonjakan Hampir 30% Kos Pembungkusan 

Harga makanan mi di pasaran semasa dijangka mengalami kenaikan susulan kos pembungkusan plastik melonjak hampir 30% sejak berlakunya konflik geopolitik di Asia Barat.

Situasi ini mengikut laporan Malay Mail bersama rakan persatuan industri didorong akan kenaikan kos melibatkan bahan utama pembungkusan iaitu Polyethylene Terephthalate (PET) merupakan produk berasaskan minyak mentah, maka ketidaktentuan bekalan minyak global secara terus mengheret kenaikan harga bahan mentah tersebut ke tahap yang membimbangkan. 

Selain isu pembungkusan, industri ini turut terhimpit oleh kenaikan kos logistik dan pengeluaran akibat lonjakan harga diesel yang drastik. Kedudukan ini telah menyebabkan pengeluar menanggung caj pengangkutan yang lebih tinggi, sekali gus meningkatkan modal operasi secara keseluruhan. Dan keadaan ini turut menjejaskan kestabilan aliran tunai pemain industri apabila pembekal mula memendekkan tempoh kredit pembayaran. Menjadikan situasi semasa lebih mencabar dengan isu kelewatan rantaian bekalan, di mana tempoh pesanan bahan pembungkusan kini meningkat dua kali ganda berbanding biasa.

Secara menyeluruh, kesan kekangan aliran tunai dan kos operasi yang melambung ini akhirnya memaksa pengusaha untuk memindahkan kos tersebut kepada pengguna melalui kenaikan harga di pasaran hadapan kelak.