Artikel

Maybank Pindah Ibu Pejabat Ke Menara Merdeka 118 – Mulai 6 Mei Ini

Seperti yang pernah diumumkan sejak 2022, Malayan Banking Bhd (Maybank) kini memuktamadkan keputusan bahawa pihaknya akan memindahkan operasi induknya dari Menara Maybank di Jalan Tun Razak ke Menara Merdeka 118 mulai 6 Mei 2026 ini. 

Institusi perbankan itu akan menduduki 33 tingkat di menara tersebut – bersama sekitar 7,000 kakitangan. Lebih menarik, di premis baharu tersebut, terdapat juga laluan masuk khas diraih kumpulan dalam memudahkan urusan petugas bersama pengguna awam.

Perpindahan ini mengikut notis turut melibatkan operasi Maybank Islamic Bhd dan Maybank Investment Bank. Yang mana tindakan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut penyusunan setiap bahagian petugas. Biarpun perpindahan dilaksanakan, Maybank menjelaskan cawangan utama KL di Menara Maybank akan kekal beroperasi tanpa sebarang gangguan bersama pelanggan sehingga sebarang perubahan dimaklumkan kelak.