Artikel

KESUMA Teroka Keperluan Bangunkan Platform Digital Berasaskan AI – Bagi Pengambilan Pekerja Asing

Segala usul melibatkan sistem pengambilan pekerja asing secara digital kini dijelaskan masih di peringkat penilaian dan keputusan tersebut tidak dimuktamadkan lagi. 

Penegasan itu menurut notis Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) adalah melibatkan semakan dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam memperhalusi cadangan pelaksanaan sistem tersebut. Antaranya melibatkan negara sumber tenaga kerja, pihak industri, penyedia teknologi Foreign Worker Centralised Management System (FWCMS), yang merupakan pihak bertanggungjawab dalam pengurusan pekerja asing ke Malaysia sejak lebih 10 tahun.

Langkah ini penting untuk membantu Malaysia memahami kelompongan dan keperluan melandaikan risiko penindasan kalangan pekerja asing yang menyertai pasaran negara.

Dengan komitmen itu, KESUMA kini turut sedang meneroka keperluan untuk membangunkan platform digital berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menambahbaik ekosistem pengambilan pekerja asing secara menyeluruh. Pendekatan ini dilihat memudahkan majikan memenuhi keperluan tenaga asing mengikut kriteria sektor yang ditetapkan.

Buat pengetahuan umum, proses ini tertumpu kepada fasa pengambilan sahaja dan tidak akan menjejaskan peranan agensi kawal selia serta kelulusan kuota mengikut perundangan negara. Setakat ini proses sedemikian masih diperingkat penilaian dan akan dimaklumkan secara berkala kepada semua pihak akan status keputusan semakan tersebut.