Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2025yang diterbitkan semalam, kini mendedahkan hanya 14.7% warga emas di Malaysia didapati mencapai status tahap sejahtera.
Status ini untuk makluman merangkumi 5 kriteria utama iaitu memiliki tahap sokongan sosial yang tinggi, tiada limitasi kognitif dan kemurungan, berupaya berdikari dalam aktiviti harian, tiada penyakit kronik atau penyakita kronik yang terkawal.

Rekod itu jelas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jelas memerlukan langkah yang lebih agresif dalam mengukuhkan perkhidmatan awam serta inisiatif sokongan sosial untuk memastikan warga emas di Malaysia dapat meraih persekitaran yang lebih sihat dan bermaruah.
Lebih membimbangkan, sekitar 18.8% daripada 4.1 juta warga emas kini dicatatkan tinggal bersendirian. Data ini memberi tumpuan kepada kekangan pengangkutan, isu keselamatan, akses kestabilan kewangan dan usaha memastikan khidmat kesihatan kumpulan ini terjejas.
Maka dengan kepantasan Malaysia mencapai status negara menua menjelang 2036 kelak bersama jangkaan penduduk berusia 60 tahun ke atas lebihi 15% – ini menuntut sektor kesihatan dan ekonomi untuk lebih keterdepan dalam menyediakan sistem sosial yang cekap demi kesejahteraan rakyat di masa hadapan.