Selain menambah tempoh peralihan pelaksanaan e-Invois kalangan kumpulan pembayar cukai fasa 4, kerajaan kini turut mengumumkan memberi pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas pengimportan semula barangan tempatan yang terjejas akibat krisis global kepada kumpulan PMKS.
Tindakan ini menurut notis MOF, merupakan pertimbangan secara interim bagi membantu syarikat Malaysia yang gagal melengkapkan proses eksport kesan gangguan konflik semasa khususnya di rantau Asia Barat. Kelonggaan ini dijelaskan berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2026 – sebagai usaha meringankan beban kerugian syarikat yang terpaksa membawa pulang barangan jualan ke tanah air.

Melalui kemudahan ini, pengusaha tempatan tidak perlu lagi bimbang akan kos tambahan cukai apabila barangan yang telah dihantar ke luar negara terpaksa dimasukkan semula ke pasaran domestik akibat pembatalan pesanan atau masalah logistik di zon konflik.