IOI Properties Group Berhad (IOIPG) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain hartanah utama di rantau ini melalui pengumuman pengambilalihan 100% kepentingan dalam Asia Square Tower 2 (AST2) daripada CapitaLand Integrated Commercial Trust (CICT).
Transaksi mega ini bernilai S$2.476 bilion, sekali gus menandakan salah satu pelaburan hartanah pejabat terbesar oleh syarikat Malaysia di luar negara bagi tahun 2026.
Langkah ini dilihat sebagai langkah strategik IOIPG untuk mendominasi hab kewangan Marina Bay. Di mana ia terletak di lokasi premium, AST2 merupakan aset pejabat Gred A memiliki potensi tinggi sebagai pilihan firma multinasional. Aset ini untuk makluman menawarkan sekitar 773,460 kaki persegi kawasan boleh disewa bersih (NLA). Disusuli kadar penghunian kekal tinggi pada tahap 95.8% setakat 31 Mac 2026, membuktikan permintaan yang stabil terhadap ruang pejabat premium di Singapura.
Maka dengan perolehan itu, penambahan AST2 secara langsung membawa jumlah nilai aset di bawah pengurusan (AUM) IOI Properties di Singapura kini melonjak melebihi paras S$10 bilion, mengukuhkan aliran pendapatan berulang kumpulan dalam jangka masa panjang.