Artikel

Pelancong Ke Vietnam Perlu Isi Kad Ketibaan Digital – Kini Dimulakan Di Lapangan Terbang Tan Son Nhat

Pelancong luar negara yang ingin memasuki Vietnam melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat kini diwajibkan untuk mengemukakan maklumat peribadi dan perjalanan secara digital sebelum ketibaan.

Peraturan baharu ini bertujuan untuk mempercepatkan prosedur imigresen dan mengurangkan kesesakan di lapangan terbang tersebut. Di mana jelas notis imigresen bandaraya Hon Chi Minh peraturan tersebut telahpun mula dilaksanakan sejak 15 April lalu sebagai sebahagian daripada usaha untuk memodenkan pengurusan sempadan dan meningkatkan pengalaman penumpang, terutamanya di hab udara selatan yang sering sesak. Buat masa ini, langkah tersebut belum dilaksanakan di lapangan terbang lain di negara itu, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai di Hanoi, dan masih belum jelas bila lapangan terbang lain akan menyusul.

Di bawah sistem baharu ini, pelancong asing yang terlibat mesti melengkapkan deklarasi dalam talian sebelum tiba. Maklumat yang diperlukan merangkumi butiran pengenalan diri, gambar pasport, serta butiran perjalanan dan penginapan. Setelah dihantar, mereka akan menerima kod QR yang perlu dikemukakan kepada pegawai imigresen di lapangan terbang untuk pelepasan masuk.

Secara menyeluruh keperluan ini terpakai kepada warga asing yang memasuki Vietnam dan warga Vietnam di luar negara yang menggunakan visa. Dan tidak terpakai kepada warganegara Vietnam yang melancong dengan pasport Vietnam atau penumpang transit yang tidak melalui pemeriksaan imigresen.