Bank Rakyat hari ini memaklumkan agihan dividen bagi tahun kewangan 2025 adalah 18% dengan jumlah RM534.7 juta. Pencapaian ini sekali gus menunjukkan prestasi kewangan kumpulan terus berada ditahap terbaik berbanding tahun lalu.
Berdasarkan agihan tersebut, seramai 783,324 anggota akan meraih manfaat penyaluran dividen terbabit. Jumlah pembayaran tersebut untuk makluman merupakan rekod tertinggi sejak 10 tahun lalu, yang mana didasari akan displin Bank Rakyat dalam mengoptimumkan penggunaan modal bagi mengekalkan pengagihan dividen yang baik. Malah prestasi positif ini turut dipacu akan pertumbuhan jumlah aset yang kukuh berikutan peningkatan sekitar 6.6% kepada RM131 bilion.
Secara menyeluruh, Bank Rakyat merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.9 bilion dengan kenaikan secara tahunan 4.2% berbanding RM1.8 bilion pada tahun sebelumnya.