Artikel

Selangor Peruntuk RM50 Juta – Bangunkan Gudang Makanan Atasi Isu Gangguan Import

Bermula Jun kelak, Selangor akan melancarkan Pakej Daya Tahan Selangor bersama peruntukan fasa pertama RM130.42 juta – dalam usaha membantu rakyat dan pemain industri negeri mendepani krisis tenaga untuk jangka masa sederhana. Menariknya pihak negeri turut akan menubuhkan Gudang Makanan Selangor (GMS), sebagai langkah cekap atasi risiko gangguan import makanan.

Peruntukan Gudang makanan ini dijelaskan akan melibatkan sumber kewangan negeri (RM25 juta) bersama RM25 juta lagiĀ  daripada Simpanan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). Hab ini disasar menjadi pusat kepada penyimpanan bekalan negeri untuk membantu menstabilkan harga pasaran bahan mentah jika berlaku isu kekurangan stok di pasaran hadapan.

Adanya sokongan gudang tersebut, ini akan membantu pentadbiran negeri mengimbangi keperluan bekalan tanpa menjejaskan penduduk negeri akan tekanan kos.

Malah, Selangor juga bertindak menyediakan insentif Sarapan Percuma kepada 873 buah sekolah negeri. Langkah ini adalah tindakan negeri Selangor, untuk membantu kumpulan ibu bapa meringankan bebanan kos mereka susulan krisis tenaga global.

Insentif tersebut dijamin akan dilaksanakan dengan baik bersama keperluan kualiti makanan berprotein mahupun bergizi baik bagi menyokong tumbesaran para pelajar terlibat. Selain langkah ini, sejumlah RM25 juta turut akan diperuntukkan kerajaan negeri untuk membantu menampung kos bahan api, pertanian sebagai sokongan kepada kumpulan pesawah, nelayan, petani dan penternak yan terkesan akan persekitaran kos semasa.