Artikel

Kerajaan Malaysia Kini Teliti Penyasaran Subsidi Diesel – Seperti BUDI95

Jemaah Menteri hari ini telah meneliti beberapa perkara di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) – antaranya Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah meminta Kementerian Kewangan (MOF) untuk meneliti segera proses penyasaran subsidi diesel sebagaimana yang dilaksanakan ke atas subsidi RON95 (BUDI95).

Dengan permohonan tersebut, dijangka pertimbangan ini akan dibentangkan pada minggu hadapan untuk tindakan lanjut ke atas pasaran negara.

Seperti yang umum sedari, ketika ini Malaysia melaksanakan subsidi RON95 pada kadar RM1.99 seliter bersama had 200 liter sebulan dengan rakyat Malaysia. Sekiranya perihal ini direalisasikan, tindakan itu sekali gus memberi kelegaan kos kepada rakyat negara dikala negara berdepan kenaikan kos diesel tanpa subsidi yang semakin tinggi. Menerusi pertimbangan itu, dijangka subsidi diesel ini turut akan disertakan had penggunaan sebagaimana yang dilaraskan ke atas BUDI95.