Sebagai langkah menyokong industri perhutanan dan perkayuan, Sarawak kini telah mencapai kesepakatan meluluskan pengurangan sebanyak 50% kadar royalti serta caj berkanun terpilih bagi kayu balak hutan asli di negeri.
Keputusan ini adalah tindak balas pentadbiran negeri dalam mendepani cabaran kos semasa disebabkan tekanan kos bahan api serta ketidaktentuan pasaran global.
Pengurangan kadar royalti ini berdasaran notis melibatkan semua Lesen Kayu Hutan (FTL) dan Lesen untuk Hutan Tanaman (LPF) kecuali Tarif Industri Kayu H0272502. Tindakan ini dijelaskan akan dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu ini dan dijadualkan berkuat kuasa selama 1 tahun pada pasaran semasa.
Dengan pelarasan sedemikian, Sarawak optimis langkah ini akan memberi kelegaan kos, meningkatkan kecekapan operasi, menstabilkan margin serta mengukuhkan aliran pemprosesan kayu domestik di pasaran hadapan. Secara menyeluruh sejak 2021 hingga 2025 – lebih 57 juta pohon pokok telah ditanam di seluruh Sarawak, yang merupakan jumlah paling banyak di Malaysia.