Petronas memaklumkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesen minyak di Malaysia masih terjamin sehingga akhir Jun 2026 ini. Jangkaan itu sekali gus memberi pengesahan akan lanjutan tempoh berbanding jangkaan asal sekitar akhir Mei ini.
Ketersediaan bekalan itu menurut Petronasi adalah hasil komitmen kumpulan yang kini kekal aktif menguruskan rantaian bekalannya bersama rakan dangan global. Setakat ini, Petronas membekalkan sekitar 50% keperluan bahan api menerusi anak syarikat tersenarai awamnya iaitu Petronas Dagangan Berhad. Sementara bakinya dibekalkan oleh syarikat minyak lain yang beroperasi di Malaysia.
Biarpun terdapat usaha berterusan negara dalam meningkatkan bekalan bahan api, semua pengguna di Malaysia dinasihatkan untuk terus melakukan penggunaan bahan api yang lebih bertanggungjawab dan mengelak dari tindakan pembelian panik. Dengan tindakan yang lebih cekap itu ia sekali gus membantu negara menyalurkan akses yang berterusan kepada semua pihak dalam jangka masa yang lebih panjang.
