Susulan langkah yang diambil KTMB, pengendali Express Rail Link (ERL) kini memperkenalkan inisiatif bersasar menerusi pas perjalanan bulanan khas, MyPutrajaya Monthly Travel Card (MTC) dan MyKLIA MTC.
Inisiatif ini dikhususkan buat penjawat awam yang menetap atau bertugas di Putrajaya, manakala MyKLIA MTC disasarkan kepada warga tempatan yang bekerja di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2. Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT), langkah ini membolehkan kumpulan sasar menikmati perjalanan tanpa had dengan penjimatan drastik sehingga 90% berbanding kadar tambang biasa.
Pelaksanaan pas bersasar ini bukan sahaja dijangka mampu merangsang penggunaan pengangkutan awam, malah bertindak sebagai mekanisme bantuan berkala dalam meringankan beban kos sara hidup rakyat.