Menyedari kenaikan kos bahan api memberi tekanan kewangan kepada kumpulan pekerja, Keretapi Tanah Melayu (KTMB) kini dimaklumkan akan menawarkan diskaun sebanyak 30% bagi pembelian tiket tren elektrik (ETS) semua sektor serta Ekpres Rakyat Timuran (ERT) mulai 15 April ini.
Makluman ini dikongsikan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada sidang media berhubung Kempen Penggunaan Rel hari ini. Yang mana inisiatif tersebut dijelaskan melibatkan semua sektor ETS dan laluan JB Sentral-Tumpat-JB Sentral bagi perkhidmatan ERT.
Namun perlu diingatkan tawaran potongan harga tiket ini hanya terpakai untuk perjalanan Isnin hingga Khamis sahaja sebagai tindakan balas mengalakkan penjimatan pengguna pada khidmat pengangkutan awam. Dengan peringatan tersebut, tawaran itu tidak terpakai untuk tempoh ketika musim cuti sekolah dan cuti umum bagi memastikan pengurusan kapasiti tren dalam dilaraskan dengan lebih cekap.
Secara menyeluruh, tawaran ini kelak boleh dinikmati menerusi kod promosi yang akan dikongsikan kelak KTMB bermula 15 April sehingga 30 April 2026 bagi tempoh perjalanan antara 15 April higga 14 Oktober 2026.