Artikel

Prestasi Ekonomi Malaysia Disasar Naik, Capai 4.4% Pada 2026 – Bank Dunia

Bank Dunia kini menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun 2026 kepada 4.4% berbanding jangkaan awal 4.1%. Keyakinan ini didorong hasil aliran permintaan domestik yang dilihat semakin berdaya saing.

Jelas Ketua Ahli Ekonomi Malaysia Bank Dunia Dr Apurva Sanghi pada laporan, pertumbuhan negara berupaya disumbangkan oleh penggunaan swasta yang positif antaranya pasaran tenaga kerja yang semakin mengalakkan, kestabilan paras gaji dengan kenaikan 6% pada tahun lalu serta sokongan pendapatan oleh kerajaan semasa.

Peningkatan sasaran ini untuk makluman merupakan tindak balas positif susulan prospek ekonomi semasa dipengaruhi akan cabaran faktor luaran iaitu konflik Asia Barat, tarif Amerika Syarikat (AS) serta perubahan hala tuju China dalam perdagangan semasa.

Cabaran sedemikian menjelaskan isu ketidaktentuan ekonomi akan terus memberi kesan jangka masa panjang kepada semua negara termasuklah Malaysia. Dan memiliki kriteria ekonomi berdaya tahan merupakan satu kelebihan buat negara, yang mana biarpun konflik ini berakhir dalam masa terdekat – setiap negara  tetap memerlukan masa yang lebih lama untuk memulihkan semula rantaian bekalan pada tahap operasi sebelum krisis berlaku.