Artikel

Tahun Melawat Malaysia 2026 Dilanjutkan Sehingga Akhir 2027

Hasil penelitian bersama pihak berkepentingan, Tahun Melawat Malaysia 2026  kini dilanjutkan sehingga akhir 2027 kelak – perihal ini didasari akan persekitaran semasa termasuklah konflik yang sedang berlaku di Asia Barat sejak akhir Februari lalu.

Konflik semasa telah menganggu laluan penerbangan antarabangsa serta meningkatkan kos perjalanan, pengangkutan dan kos pengguna.

Lanjutan ini jelas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahidi pada sudut global berupaya menyebabkan anggaran ketibaan pelancong dari Asia Barat merosot antara 11% hingga 27% atau kehilangan sehingga 38 juta pelawat. Data ini berpotensi membawa kepada kerugian mencecah $56 bilion.

Situasi itu sekali gus memberi kesan kepada ketara khususnya kepada negara tumpuan pelancongan seperti di ASEAN.

Secara menyeluruh keputusan tersebut dicapai menerusi mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Induk VM2026 dan telah dikemukakan kepada sidang Jemaah Menteri. Yang mana semua kementerian terlibat telahpun mengemukakan rekod prestasi kempen dan langkah lanjut sepanjang tempoh krisis ini.