Bertepatan dengan komitmen memudahkan pengguna pada akses perbankan – Bank Islam Malaysia (BIMB) hari ini mengumumkan khidmat penulisan wasiat patuh syariah menerusi aplikasi BIMB Mobile dengan kerjasama Amanah Warisan Bhd (AWARIS).
Integrasi ini sekali gus membolehkan para pengguna BIMB untuk menguruskan kewangan mereka dengan lebih terancang di samping menambahbaik ekosistem khidmat kewangan patuh syariah bersama kemudahan teknologi semasa berbanding proses secara manual.
Akses itu jelas BIMB boleh mula diakses pada hari ini melalui bahagian service hub dalam aplikasi BIMB Mobile. Dan untuk menggalakkan penggunaan khidmat ini Bank Islam turut menawarkan harga promosi RM300 bagi pelan Platinum pengurusan kekayaan kepada pengguna selain penawaran baucar Touch ‘n Go eWallet bernilai RM40 kepada 250 pelanggan yang melengkapkan permohonan awal penulisat wasiat tersebut.