Artikel

Mulai 15 April – Setiap Penumpang Berlepas Dari Singapura, Hanya Dibenarkan Bawa 2 Unit Power Bank

Bermula minggu hadapan, setiap penumpang yang berlepas dari Singapura dimaklumkan hanya boleh membawa 2 unit power bank di dalam pesawat. 

Makluman pihak Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) adalah seiring dengan pelarasan peraturan baharu bersama pengguna berhubung isu keselamatan penerbangan. Mana-mana penumpang yang membawa lebih daripada 2 unit power bank akan diminta meninggalkan unit tersebut sebelum memasuki ruang penerbangan mereka.

Selain pembaharuan itu, CAAS turut memberi peringatan para penumpang tidak boleh mengecas power bank tersebut di dalam pesawat dan penggunaan power bank bersama peranti pintar turut tidak dibenarkan semasa penerbangan.

Perihal ini bertepatan dengan pembaharuan yang dikeluarkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dalam mengemaskini keperluan keselamatan berkaitan penggunaan power bank di dalam pesawat.