Menyedari ramai pihak terkesan akan peningkatan kos semasa – Indonesia kini bertindak mengehadkan kenaikan harga tiket penerbangan domestik mereka antara 9% hingga 13% untuk memastikan kumpulan pengguna kekal meraih harga mampu milik.
Keputusan itu jelas Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Indonesia didasari akan kenaikan harga bahan api turbin penerbangan (avtur). Buat pengetahuan umum avtur merupakan bahan api tanpa subsidi dengan harga mengikut pasaran. Penyelarasan had siling ini dilihat kritikal bagi mengimbangi kos operasi syarikat penerbangan dengan kemampuan rakyat.
Tanpa pelaksanaan mekanisme kawalan tersebut, kenaikan harga bahan api dikhuatiri akan memberi tekanan kos yang melampau secara langsung kepada pengguna. Justeru, penetapan had ini berfungsi sebagai pelindung bagi memastikan mobiliti udara domestik tidak terjejas dan kekal mampan bagi semua segmen masyarakat.
Selain itu, Indonesia turut memberi jaminan bahawa harga bahan api bersubsidi buat kenderaan darat akan terus dikekalkan sehingga akhir tahun ini dengan tanpa sebarang kenaikan. Ketika ini dijelaskan petrol bersubsidi RON90 dijual pada harga tetap Rp10,000 (RM2.37 seliter) dan diesel bersubsidi pula Rp6,800 (RM1.61 seliter).